Resepi Daging Balado Mudah

Resepi Daging Balado Mudah

Sedapnya, goreng daging ni sampai garing mesti rangup di luar tapi lembut di dalam. Ni makan dengan nasi panas pun dah berselera sangat. Jom cuba.



Bahan-bahan

Daging
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
4 biji cabai besar merah
4 biji cili padi merah
1 inci halia
2 inci belacan
1 biji limau nipis-ambil jus
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk kunyit untuk menggoreng

Cara-cara

Daging tu rebus sampai empuk dan hiris nipis. Gaul dengan garam dan kunyit then goreng.
Tumbuk bawang, cili, halia dan belacan. Tumbuk kasar je okay.
Tumis bahan tumbuk sampai pecah minyak dan masukkan jus limau nipis.
Perasakan dengan gula dan garam

Siap. Simple kan? Lepas ni boleh cuba.

0 comment... add one now