Resepi Hashbrown Sedap

Resepi Hashbrown Sedap

Teringat hashbrown MCD pulak. Sedap tau hashbrown ni, boleh mengenyangkan jugak lah. Dulu selalu tertanya-tanya macam mana hashbrown tu terhasil, hashbrown tu apa. Haa gitu. So jom kita cuba buat sendiri.



Bahan-bahan

1 biji telur
2 sudu makan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk lada hitam - kalau guna yang biji tu tumbuk sampai lumat.
Garam secukup rasa
Butter untuk menggoreng
Bahan parut
3 biji kentang – dikopek kulit
1/2 biji bawang besar

Cara-cara

Bahan parut ni direndam dan letak dalam peti sejuk lebih kurang 20 minit. Then tos kan dan perah sikit supaya air lebihan dari kentang tu keluar.
Campurkan bahan dengan telur, tepung, garam dan lada hitam. Gaul sebati ya. Bentukkan ikut saiz yang korang suka. Tapi selalunya bentuk dia leper dan lonjong macam oblong tu.
Goreng dengan menggunakan butter, guna flat pan ye supaya bentuk dia cantik gitu. Dah garing bahagian bawah, terbalikkan dan goreng hingga masak.

Okay siap, makan dengan sos kegemaran. Selamat mencuba!

0 comment... add one now