Resepi Hot Chocolate

Resepi Hot Chocolate

Oh yes hot chocolate is my favourite! Sedapnya, sambil minum tu membayangkan tengah duduk dekat tepi tingkap feeling ada salji pulak kat luar tu. Hihii tinggi kan imaginasi. Berangan tak salah pun, free je. Tapi kalau berangan nak hot chocolate takkan menjadi, kena buat baru dapat. Okay jom tengok resepi.



Bahan-bahan

2 cawan susu segar
2 sudu makan serbuk koko
2 sudu makan gula
1/4 sudu kecil garam
Marshmallow
Chocolate syrup

Cara-cara

Panaskan susu dan masukkan serbuk koko, gula dan garam. Gaul hingga sebati, kacau je sampai mendidih.
Tuang ke dalam gelas dan hias dengan marshmallow dan chocolate syrup.

Siap! Haa senang tak? Ni memang senang sangat ni. Hihii coklat dengan marshmallow memang pasangan yang ideal. Selamat mencuba.

0 comment... add one now