Resepi Ikan Goreng Tepung

Resepi Ikan Goreng Tepung

Ikan goreng tepung ni selalunya mesti makan dengan nasi kerabu kan. Selalunya kalau beli nasi kerabu memang akan ambil lauk ikan goreng tepung ni dengan telur masin. Sedapnyaaa makan dengan sambal budu pulak tu. Aishhh terliur.



Bahan bahan

5 - 6 ekor ikan kembong - bersihkan dan toskan
1 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara cara

Campurkan semua bahan kecuali ikan. Gaul rata campuran bancuhan tepung dan sesuai kan kepekatan. Kalau rasa macam bancuhan tu pekat sangat boleh tambah air lagi.

Panaskan minyak dan goreng ikan yang dah dicelup ke dalam bancuhan tepung tadi. Goreng hingga keperangan dan angkat. Sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba!

0 comment... add one now