Resepi Ikan Kembung Masak Pindang

Resepi Ikan Kembung Masak Pindang

Masak pindang tu apa? Okay kalau tak tau masak pindang, masak singgang tau tak? Lebih kurang lah tu cuma yang berbeza sikit mungkin bahannya. Okay jom cuba buat masak pindang ni.



Bahan bahan

Ikan kembung
Kunyit hidup/serbuk kunyit
Halia
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 keping asam gelugor
Cili padi-kalau tak nak pedas tak payah letak

Cara-cara

Tumbuk kunyit, halia, cili padi, bawang merah dan bawang putih. Tumbuk lumat ye. Kalau tak nak tumbuk cili sekali pun boleh. Nanti masukkan je cili dalam kuah.
Dalam satu periuk, isi air dan masak atas api. Masukkan bahan tumbuk dan asam keping. Kemudian masukkan ikan yang dah dibersihkan. Perasakan dengan garam dan biarkan mendidih.
Okay siap. Kalau suka tomato atau kacang bendi boleh masukkan sekali dalam periuk ye. Selamat mencuba.

0 comment... add one now