Resepi Kek Viral 2 Bahan

Resepi Kek Viral 2 Bahan. Assalamualaikum semua, kali ini kami ingin kongsikan kepada anda semua, satu resepi yang sedang viral, iaitu resepi Kek Viral 2 Bahan. Resepi adalah hasil perkongsian daripada Hanny Na di facebook MAHN.

Berikut adalah Resepi Kek Viral 2 Bahan

Kek guna 2 bahan sahaja. Sesuai untuk minum petang dengan anak - anak

Resepi:
1 paket oreo
100ml susu dutch lady coklat
Semi sweet coklat cip (tambahan)

Cara buat:
Hancur oreo dengan cream sekali (saya blend jer)
Kemudian tuang susu kacau sampai rata
Masukkan ke dalam loyang
Kukus selama 20 minit dengan api kecil
Untuk topping atas tu saya double boil jer coklat cips bagi cair kemudian sapu atas kek
Kek ni simple jer kan. Resepi ini dapat kek kecil je ye kalau nak yg besar boleh gandakan 2x 3x resepi.

Nota: kek dalam gmbr ini saya gandakan 2x resepi
Selamat mencuba





kredit resepi and foto to HanNy Na (MAHN)

0 comment... add one now