Resepi Kentang Masak Sambal

Resepi Kentang Masak Sambal

Uishh sedapnya kentang masak sambal, makan dengan nasi panas pulak. Sedap sangatttt. Ni ratah saja pun mesti habis sepinggan. Siapa suka makan kentang sambal ni kita geng. Sedap wooo.



Bahan bahan

1 biji kentang - potong sederhana, jangan tebal atau nipis sangat
1 biji bawang besar-kisar
2 ulas bawang putih-kisar
2 sudu cili yang dah dikisar
Gula dan garam secukup rasa
Minyak

Cara cara

Goreng kentang hingga masak, angkat dan ketepikan. Tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak. Perasakan dengan garam da gula. Nampak sambal dah berkilat boleh masukkan kentang yang digoreng tadi. Gaul rata dan sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba.

0 comment... add one now