Resepi Kerabu Ulam Raja

Resepi Kerabu Ulam Raja

Ulam raja ni sedap tau makan dengan sambal belacan. Tapi bila buat kerabu mesti lagi sedap, masam pedas semua ada. Jom cuba resepi ni.



Bahan-bahan

1 ikat ulam raja 
½ cawan kelapa parut
2 sudu makan perahan limau kasturi
1 labu bawang besar hiris
Garam secukup rasa
3 biji cili merah-kisar
4 biji cili api-kisar
4 biji bawang merah-kisar
1 sudu makan udang kering-kisar

Cara-cara

Ulam raja ni potong halus. Kelapa parut disangai sampai nampak keperangan, jangan hangit pulak.
Kemudian campurkan semua bahan dalam 1 bekas dan gaul. Okay siap, boleh makan dengan ikan bakar cicah kuah asam. Yummy!

0 comment... add one now