Resepi Koci Leleh

Resepi Koci Leleh

Koci leleh ni tahu ke macam mana? Macam koci biasa jugak tapi yang ni guna labu atau keledek untuk doh. Lepastu letak pulak santan, memang sedap. Ada yang panggil tepung bungkus. Cik Nurul memang suka adik beradik koci ni. Hihii selamat mencuba.



Bahan inti

1/2 biji kelapa parut
2 -3 keping gula melaka
1/3 cawan gula
2 helai daun pandan-simpulkan
1 sudu makan tepung gandum
Air

Bahan untuk doh

1 cawan labu/keledek
1 1/4  cawan tepung pulut
Sedikit garam

Bahan untuk santan

1 cawan santan
1 sudu kecil tepung beras
Secubit garam

Cara cara

Campur gula melaka, gula pasir dan air. Masak hingga gula larut. Masukkan daun pandan dan kelapa. Masak dan gaul sekata hingga kelapa menjadi kering. Masukkan pula tepung dan gaul rata. Setelah masak, angkat dan biarkan sejuk.

Rebus keledek atau labu yang dah dikupas da rebus dengan sedikit garam. Dan empuk angkat dan toskan. Lenyekkan da gaul bersama tepung pulut dan sedikit garam, uli hingga menjadi doh. Bulat bulatkan doh dan leperkan. Inti kelapa tadi pun bulatkan kecil, balutkan dengan doh tadi.

Untuk santan, campurkan santan dengan tepung. Masak hingga sebati dengan api perlahan, tambahkan sedikit garam. Dah mendidih tutup api.

Masukkan doh yang siap inti tadi ke dalam santan. Kemudian boleh mula membungkus. Sambil tu panaskan pengukus, kukus hingga koci masak.

Makan panas panas memang sedap!

0 comment... add one now