Resepi Kuah Kacang Sedap

Resepi Kuah Kacang Sedap

Sedapnya kuah kacang, makan pulak dengan nasi impit. Bagi yang biasa berniaga sate mesti ada resepi diorang sendiri. Jom cuba buat sendiri nak mana tahu korang pun boleh cuba jual sate lepas ni. Hihii



Bahan bahan

600 gm kacang tanah - sangai ye. Means goreng tanpa minyak
5 biji bawang besar - hiris
1/2 cawan cili kering - kisar
1 cawan gula melaka
1 sudu makan gula pasir
1 cawan minyak mazola
2-3 cawan air
1/2 sudu makan garam - boleh adjust ikut tekak masing masing ye

Cara cara

Kacang tanah ni dibuang kulit, sejukkan kejap dan rendam. Kisar kacang dengan sedikit air, cukup untuk gerakkan blender je tau. Air jangan banyak sangat. Kalau suka rasa kacang tu, kisar jangan halus sangat.

Panaskan minyak dan tumis bawang. Masukkan cili kisar dan goreng sampai naik minyak. Then masukkan kacang yang dah blend tadi. Masukkan air dan masak.

Bila dah menggelegak masukkan gula pasir, gula melaka dan garam. Kacau sebati dan pastikan rasa semua cukup.

Okay siap. Mudah je kan sebenarnya. Selamat mencuba!

0 comment... add one now