Resepi Kuih Keria Gula Melaka Mudah

Resepi Kuih Keria Gula Melaka Mudah

Siapa dah rasa kuih keria gula melaka antarabangsa tu? Panjang tak nak beratur? Hehee yang malas beratur moh ler kita buat sendiri. Syaratnya kena rajin je uolss. Okay jom tengok resepi.



Bahan untuk keria

500g ubi keledek putih
3/4 cawan tepung gandum

Cara-cara

-Kupas keledek tadi dan potong dadu. Rebus bersama dengan sedikit garam. Rebus sampai empuk tau.
-Dah empuk, tos kan air dan lenyekkan. Guna gelas ke lesung batu pun tak kisah lah.
-Biarkan sejuk sekejap sebelum diuli dengan tepung.
-Dah sejuk tu masukkan tepung dan uli. Bentukkan keria ikut lah saiz yang korang nak. Sedang-sedang je dah okay, besar sangat nanti jenuh pulak masuk mulut.
-Goreng deep fry ye keria ni, then bila bahagian bawah nampak kuning baru terbalikkan. Jangan suka sangat terbalikkan walaupun belum garing, nanti serap minyak pulak.
-Dah siap goreng semua, angkat dan tos kan.

Bahan untuk sira

150g gula melaka
1 sudu makan gula
1/4 cawan air
Secubit garam

Cara-cara

-Hiriskan gula melaka, nak cepat korang tumbuk je senang asal hancur.
-Kemudian masukkan dalam kuali dan campur je dengan bahan lain tu. Gaul sebati tau. Dah nampak pekat and berbuih, masukkan semua keria yang dah goreng tadi.
-Gaul sampai sira tu jadi pekat dan macam berkerak gitu. Selagi tak nampak kering jangan berhenti gaul. Hehee
-Okay dah siap semua bolehlah angkat.

Makan panas-panas sedap woo. Tak payah beratur pun dapat makan keria gula melaka. Selamat mencuba!

0 comment... add one now