Resepi Maggi Goreng Mamak

Resepi Maggi Goreng Mamak

Maggi ni kalau goreng memang sedap. Selalu berkuah je kan, bila goreng letak telur mata pulak, fuhhh bertambah tau. Kalau makan dekat mamak maggi goreng ni boleh jadi menu pilihan jugak lah. Okay jom cuba goreng sendiri guna maggi kari je. Senang sangat.



Bahan bahan

1 peket maggi kari
1 sudu makan minyak
1 biji telur-pecahkan dan kacau
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan kicap pekat
1 peket perencah maggi kari
Udang/sotong/ayam/daging-ikutlah nak letak isi apa
2 biji tomato-kalau saiz besar 1 pun cukup
Sayur sawi
1 keping tauhu-hancur kasar
1/2 biji limau kasturi/limau nipis

Cara cara

Rendam 1 peket maggi dalam air panas dan biarkan kembang. Tapis dan toskan. Panaskan minyak dan tumis telur bersama sos dan kicap. Gaul sebati dan masukkan perencah maggi, ayam yang dipotong kecil, tomato, sawi dan tauhu hancur. Kacau sebati, masukkan maggi yang di toskan tadi. Gaul rata dan sedia untukdi hidang. Boleh taburkan bawang goreng/daun sup bersama hirisan limau.

Simple kan, selamat mencuba!

0 comment... add one now