Resepi Mashed Potato ala KFC

Resepi Mashed Potato ala KFC

Kalau makan dekat KFC ada tak yang order mashed potato lebih? Kadang kalau order snack plate tu mesti ada yang tukar coleslaw dengan mashed potato. Tapi cik Nurul suka coleslaw lagi, hihii tapi kan kalau campur dua ni mesti lagi sedap. Okay jom cuba buat sendiri, jimat tau.



Bahan-bahan 

8 biji kentang
1 kotak kecil susu segar
2-3 sudu makan butter
Serbuk lada hitam dan lada sulah secukup rasa

Bahan untuk sos

1 labu bawang besar-tumbuk
2 ulas bawang putih-tumbuk
4 sudu butter
2 sudu tepung jagung-bancuh dengan sedikit air
2 kiub ayam knorr
Serbuk lada hitam dan lada sulah secukup rasa
2 1/2 cawan air

Cara cara

Kupas kentang dan potong, rebus selama 20 minit sehingga empuk. Kemudian toskan air, letak semula atas api untuk mengeringkan air berlebihan. Lenyekkan kentang bersama dengan butter, lada hitam dan lada sulah. Kemudian tuangkan susu sikit-sikit untuk rasa lemak. Yang ni terpulang kalau suka lebih lemak boleh tambah susu lagi.

Untuk sos pulak, cairkan butter dan tumis bawang. Bila dah bertukar warna masukkan bancuhan tepung jagung sehingga warna sos bertukar perang. Masukkan air dan kiub ayam, perasakan dengan lada hitam dan lada sulah. Sos ni kena selau kacau ye sebab bancuhan tepung jagung tadi akan berketul kalau tak kacau. Jika sos terlalu pekat boleh tambahkan air lagi.

Dah siap boleh hidangkan bersama kentang tadi. Selamat mencuba.

0 comment... add one now