Resepi Mee Udang Sedap

Resepi Mee Udang Sedap

Dah terbayang mee udang di teluk intan. Cik Nurul sebenarnya bukan penggemar mee tapi suatu hari pernah makan dengan bos dekat satu kedai barisan dominos pizza teluk intan. Disebabkan tak minat mee so menu tu hanya dipandang sepi. Tapi disebabkan bos ni beria cakap mee udangnya sedap, memang kena rasa so kita pun order jelah. Bila sampai mee tu first impression emm bau okay, menyelerakan. Rupa pun nampak sedap. Sekali rasa, Ya Allah memang sedappp. Udangnya besar, rasa sedap kuah semua cukup. Berbaloi lah dengan harga dia masa tu. Okay berbalik pada resepi, so kalau nak rasa mee udang guna air tangan sendiri boleh cuba resepi ni okay.



Bahan bahan

6 ekor udang besar
6 ekor udang kecil buang kulit
2 sudu makan udang kering
2 sudu makan cili kisar
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
2 biji tomato buah
1 biji ubi kentang - rebus
Garam, gula, serbuk perasa
Sos tomato
Sos cili

Bahan hiasan

Telur rebus
sawi - celur
Cili merah - hiris
bawang goreng
daun bawang - hiris
Mee - celur

Cara cara

Bawang merah dan bawang putih dikisar halus dan tumis hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing.

Sambil tu rebus ubi kentang dan kisar bersama udang kecil, udang kering dan tomato hingga halus.

Kemudian masukkan bahan blend dalam kuali, tumis sekali. Tambahkan air dan masak hingga mendidih. Masukkan sos dan perasakan dengan garam, gula dans erbuk perasa.

Last sekali masukkan udang besar. Hidang bersama mee yang dah dicelur dan bahan hiasan.

Selamat mencuba!

0 comment... add one now