Resepi Mentarang Goreng Pedas

Resepi Mentarang Goreng Pedas

Mentarang ni selain sedap dibakar, goreng pedas pun sedap tau. Siapa suka makan mentarang mesti dah biasa masak mentarang ni dengan macam macam resepi. Kita cuba mentarang goreng pedas pulak. Mesti sedap kan sebab isi mentarang tu pun dah manis. Mesti rasa dia manis pedas gitu.



Bahan-bahan

2 kg mentarang
6 biji cili kering-kisar halus
8 ulas bawang merah-tumbuk
4 ulas bawang putih-ditumbuk
1 inci halia-tumbuk
2 batang serai-hiris nipis
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
1/2 sudu makan sos tiram
Gula dan garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Air secukupnya

Cara cara

Tumis cili kisar hingga pecah minyak, masukkan bahan tumbuk dan tumis hingga naik bau.
Masukkan air, sos dan serai. Kacau sebati hingga mendidih, masukkan mentarang dan tutup periuk.
Biarkan mentarang thampir terbuka dan perasa kan dengan garam dan gula. Kalau nak kuah bole tambah air. Gaul dan tutup api.

Okay siap. Makan dengan nasi panas. Yummy!

0 comment... add one now