Resepi Nasi Ayam Madu

Resepi Nasi Ayam Madu

Nak beli kat kedai je tak lalu la pulak kan. Kalau buat sendiri boleh makan bertambah-tambah lagi tu. Sedap woo nasi ayam madu, kalau dah memang feveret nasi ayam memang takkan tolak lah menu ni. Jom tengok resepi.



Bahan rebusan ayam
1 kiub ayam knorr
1 inci halia (hiris)
1 biji bawang besar (belah 4)
2 ulas bawang putih (ketuk)

Cara cara
Masukkan air dalam periuk, masukkan ayam dan campurkan je semua bahan tadi. Air nak lebih pun takpe sebab banyak gunanya air rebusan ni nanti. Ayam tu jangan rebus lama sangat takut nanti nak goreng hancur pulak. Cukup sekadar empuk.

Bahan untuk nasi
2 cawan beras (2 orang makan)
2 biji bawang merah (tumbuk)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
1 inci halia (tumbuk)
2 sudu makan marjerin
Kulit dan lemak ayam (basuh bersih)

Cara-cara
Cairkan merjerin dalam kuali, masukkan bahan-bahan tumbuk tadi dan tumis sampai nampak keperangan.
Masukkan lemak dan kulit ayam, kacau sampai lemak semua tu cair.
Then masukkan beras yang dah dibasuh. Gaul sebati tau, nanti bau dia wangi jer.
Dah gaul sebati, masukkan beras dalam rice cooker, tapi keluarkan kulit ayam tu ye.
Then masukkan 1 kiub ayam. Sup rebusan tadi gunakan untuk masak nasi, sukatan sama macam nak masak nasi putih biasa. Kalau air rebusan tak cukup boleh tambah air biasa.

Bahan sos cili
6 biji cabai besar (merah)-blend
2 ulas bawang putih-blend
3/4 cawan air rebusan ayam (200ml)-blend
1 sudu makan jus limau nipis
2 sudu makan sos cili
2 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam

Cara-cara
Masak bahan blend tadi bersama bahan-bahan lain

Bahan perapan ayam
6 ketul ayam
3 sudu makan madu
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap manis
1 sudu kecil minyak bijan

Cara-cara
Perap ayam dengan semua bahan dan goreng

Bahan kicap
Lebihan perapan ayam
Sup air rebusan

Cara-cara
Campur je dua bahan ni, korang boleh adjust rasa dia.

Bahan sup
Sup air rebusan
Bawang goreng
Daun sup

Cara-cara
Campur je semua bahan. Siap.

Yeayyy dah siap nasi ayam madu. Selamat mencuba

0 comment... add one now