Resepi Nasi Goreng Sardin

Resepi Nasi Goreng Sardin

Lauk sardin ni makan dengan nasi putih je pun dah cukup selera. Cik Nurul suka masak sardin ni tambah kicap sikit, bagi kuah dia pekat. Masuk pulak kentang dengan cili padi. Makan bertambah la jawabnya. Hihii kali ni kita cuba nasi goreng sardin pulak.



Bahan bahan (5-6 orang makan)
Nasi putih
1 tin besar ikan sardin - ambik isi sahaja
4 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 senduk cili kisar - kalau nak pedas boleh tambah
1 batang lobak - potong dadu
3 biji telur
1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan hiasan
Daun sup
Cili merah
Bawang goreng

Cara-cara
Sardin ni kita ambil isi je then hancurkan. Jangan hancur sangat pulak, hancur kasar je.
Bawang tadi tumis sampai naik bau dan keperangan, masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak.
Masukkan ikan sardin tadi, gaul rata. Masuk pula lobak yang dipotong dadu. Kalau suka lobak tu lembut masaklah lama sikit. Ikut citarasa masing-masing.
Masukkan telur dan gaul sebati. Kemudian masukkan nasi dan gaul rata. Perasakan dengan maggi cukup rasa dan garam.

Okay siap. Hias lah bagi cantik dengan bahan-bahan hiasan tu. Memang makan bertambah ni. Hehee selamat mencuba.

0 comment... add one now