Resepi Nasi Impit Goreng

Resepi Nasi Impit Goreng

Nasi impit goreng ni kalau tak raya pun boleh buat. Hihii tapi kalau raya boleh lah guna nasi impit yang lebih lebih tu. Rendang dah habis, kita goreng jelah. Sedap tau.



Bahan-bahan

Nasi impit-potong
2 sudu makan cili kisar
1 bawang besar-kisar
3 ulas bawang putih-kisar
8 - 10 ekor udang
1 keping tauhu
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan kicap manis
1 biji telur
Daun bawang
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara

Goreng tauhu sehingga garing dan angkat. Goreng udang dan angkat. Panaskan minyak dan tumis bawang sampai naik bau dan masukkan cili kisar.
Masukkan sos tiram, sos cili, kicap, dan garam. Kacau then masukkan telur. Telur ni jangan hancur sangat.
Masukkan nasi impit, gaul dan masukkan udang dan tauhu yang dah digoreng tadi.
Last sekali masukkan daun bawang, gaul kejap, tutup api dan hidang.

Okay siap. For sure makan bertambah. Selamat mencuba!

0 comment... add one now