Resepi Nasi Lemak Pandan

Resepi Nasi Lemak Pandan

Mesti wangi nasi lemak pandan ni kan. Macam nasi lemak biasa jugak cuma nasi tu di masak dengan air pandan. So nasinya warna hijau. Jom tengok resepi.



Bahan untuk nasi

7 helai daun pandan-kisar dengan sedikit air
2 helai daun pandan-simpulkan
2 inci halia-hiris
1 biji bawang besar-hiris
1 kotak santan-kotak kecil 200ml
1 1/2 cawan beras
Air untuk masak nasi
Garam secukup rasa

Cara-cara
Basuh beras macam biasa, masukkan dalam rice cooker.
Daun pandan yang dah dikisar tadi ditapis dan ambil airnya. Masukkan dalam periuk.
Masukkan juga bahan bahan lain. Masak nasi macam biasa.

Bahan sambal
20 tangkai cili kering
Sedikit belacan
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu makan asam jawa (ambil air je)
Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara

Blend kan bawang putih, bawang merah dan belacan.
Blend jugak cili kering yang dah direbus, cili kering ni blend asing dari bawang tadi ye.
Tumis bawang blend tadi, guna minyak yang goreng ikan bilis tu pun  boleh, lagi sedap. Minyak banyak sikit pun takpe sebab nak bagi cili tahan lama.
Dah tumis bawang blend tadi sampai naik bau, masukkan cili blend pulak. Then masukkan air asam.
Tumis sampai pecah minyak dan perasakan dengan garam dan gula.
Makin lama sambal ni dimasak makin sedap jadinya tau.

Bahan-bahan untuk nasi lemak yang lain tu biasalah, ikan bilis goreng, kacang tanah, telur rebus dan timun. Nak makan dengan ayam goreng ke, telur mata pun okay jugak sebab sambal ni sambal kosong kan. Pehhh mabeles!

Selamat mencuba.

0 comment... add one now