Resepi Nasi Minyak

Resepi Nasi Minyak

Nasi minyak ni sedap makan dengan ayam masak merah. Menu ni memang selalu menjadi pilihan masa kenduri tau. Memang evergreen la menu ni kiranya. Bagi yang nak buat sendiri boleh cuba resepi ni okay.



Bahan bahan

500 g beras basmathi
2 sudu besar minyak sapi
3 biji bawang merah-hiris nipis
3 ulasbawang putih-hiris nipis
1/2 inci halia-hiris nipis
2 batang kulit kayu manis
2 putik bunga lawang
4 putik bunga cengkih
4 biji buah pelaga
3 kiub ayam
2 helai daun pandan
1.5 liter air
Kismis dan gajus(panggang)

Cara cara

Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga. Tumis sehingga naik bau ye.

Kemudian masukkan beras yang dah dicuci, gaul rata dengan bahan tumisan. Pindahkan nasi ke dalam rice cooker dan tambahkan kiub ayam, daun pandan dan air.

Setelah nasi masak, masukkan kismis dan gajus. Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

0 comment... add one now