Resepi pizza roti

Resepi pizza roti

Bila teringin nak makan pizza tengah-tengah malam macam tak berapa nak gigih pulak keluar pergi beli. Tu kalau memang bukak 24 jam takpe, kalau duduk dekat kawasan yang memang takde pizza hut ke, dominos ke lagilah nak hala kemane ye dak. Jadi sebaiknya buatlah sendiri, guna roti keping je. Bahan lain tu standard lah mesti kena ada cheese, ikut suka nak letak topping apa. Okay jom cuba.



Bahan-bahan

1 bungkus roti putih
Tomato puri-untuk sapu pada roti
Beberapa keping cheddar cheese
Sosej-potong serong
Cendawan butang-potong
Ladang benggala-hiris
Ayam cincang
Mozarela cheese

Cara-cara

-Susun kepingan roti putih dalam loyang atau dulang pembakar. Mana manalah yang senang.
-Sapukan tomato puri atas roti yang dah susun tadi dengan lemah gemalai. Nak sapu banyak ke sikit terpulang.
-Susun pulak cheddar cheese atas dia, kalau nak sedap jangan kedekut, letak je cheese banyak-banyak.
-Then letak lah sosej, ayam, lada benggala dan cendawan butang tadi. Sosej dengan ayam ni kena rebus dulu ye. Kalau tak makan ayam boleh ganti daging, ikut suka lah tekak masing-masing.
-Last sekali taburkan mozarela cheese, ni lagi banyak lagi sedap weh.
-Bakar la dalam 15 minit, takyah lama sangat pun sebab bahan mentah tadi dah rebus.

Tadaaa dah siap. Jom makan.

0 comment... add one now