Resepi Potato Wedges

Resepi Potato Wedges

Cheesy wedges KFC tu memang feveret sangat. Kalau beli tu memang hadap sorang je. Hihii sedap sebab cheese tu and lagi satu memang mengenyangkan.



Bahan-bahan

500 g kentang-kupas dan potong wedges
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk lada sulah
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Garam secukup rasa

Cara-cara

Kentang ni rebus, masukkan garam sikit. Dah empuk boleh angkat dan toskan.
Campurkan tepung dan serbuk lada sulah dalam satu bekas, bancuh dengan air. Jangan pekat atau cair sangat ye.
Masukkan kentang dalam bancuhan tepung dan gaul rata. Goreng dalam minyak yang betul-betul panas.
Dah masak angkat dan boleh dihidang dengan mayonis, cheese ataupun sos.

0 comment... add one now