Resepi Puding Roti Durian

Resepi Puding Roti Durian

Bila senang sangat nak jumpa durian ni macam-macam menu lah yang boleh dibuat. Kali ni kita cuba resepi durian dalam puding roti pulak. Mesti sedapkan.



Bahan bahan
1 paket  agar agar (20 gram)
5 gelas air
5 keping roti
2 cawan gula - kalau tak suka manis boleh kurangkan
1 tin susu cair
2 - 3 ulas durian - ambil isi je ye
3 biji telur
1 sudu makan tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla
pewarna ikut suka

Cara-cara
Masak agar agar dengan air dan gula hingga hancur. Sambil tu blend susu cair, telur, isi durian, roti, esen dan tepung kastard.

Bahan bahan yg di blend dimasukkan ke dalam agar agar yang di dalam periuk tadi, kacau rata. Padamkan api, masukkan adunan ke dalam acuan atau loyang yang dibasahkan. Kacau rata dan biarkan sejuk dan keras sebelum dipotong.

Makan sejuk-sejuk ni memang sedap. Selamat mencuba!

0 comment... add one now