Resepi Pulut Durian

Resepi Pulut Durian

Ya Allah sedapnya duriaaannnn! Cik Nurul memang suka apa-apa makanan yang berkaitan durian ni. Tart durian ke, cendol durian ke, kek durian ke semua suka lah senang kata. Jom kita cuba pulut durian pulak. Buat sendiri senang, boleh makan banyak. Lagipun simple je, durian tu beli je tepi jalan. Memang senang jumpa durian sekarang ni orang jual. Pulut dengan santan je yang kita masak sendiri.



Bahan-bahan 
Durian secukupnya

Bahan pulut kukus
2 cawan beras pulut – rendam semalaman atau 4 jam
1/2 cawan santan pekat + air secukupnya + secubit garam
2 helai daun pandan – carikkan

Cara-cara
Tos pulut yang dah direndam tu dan masukkan dalam pengukus. Kukus selama 15 minit. Angkat dan masukkan ke dalam bekas.
Masukkan santan sikit sikit sampai pulut lembut. Masukkan semula dalam pengukus bersama daun pandan. Kukus selama 20 minit/hingga masak.

Bahan untuk sos santan
1/2 cawan santan kotak
1 cawan air
1 sudu kecil garam
1 helai daun pandan
1 sudu kecil tepung jagung - larutkan dgn sedikit air

Cara cara
Satukan semua bahan kecuali tepung jagung. Masak sehingga mendidih. Masukkan tepung jagung.  Kena rajin kacau ye supaya tak berketul. Kalau agak cair masukkan sikit lagi bancuhan tepung. Ikut pekat mana yang korang nak. Sos santan ni sedap kalau dia rasa lemak lemak masin gitu. Barulah ngam makan dengan durian yang manis.

Okay siap. Nak makan tuang je sos santan ni atas pulut dengan durian tadi. Wallahhh sedap weh!

0 comment... add one now