Resepi Sambal Ayam Penyet

Resepi Sambal Ayam Penyet

Ayam penyet memang feveret ever lah senang kata. Selain restoran ayam penyet tu, ada satu tempat yang cik Nurul suka sangat makan kat situ. Tapi sekarang tak tau makcik tu berniaga lagi ke tak dekat downtown mines tu. Masa kerja dekat mines dulu tiap kali shift petang mesti singgah makan situ lepas balik kerja.

Menu yang paling suka makan mestilah ayam penyet dia. Makcik tu buat sambal ayam penyet memang power. Kitorang panggil makcik tu Ibuk, sebab dia dari indon. Dia banyak kali ajar cara buat sambal tu tapi tak melekat pun dalam kepala. Hehee biasa lah kalau dah memang ada benda nya depan mata mesti suka makan lagi daripada buat ye tak.



Bahan bahan

10 tangkai cili padi
10 biji bawang merah - belah 4
10 biji tangkai cili merah
5 biji tomato - belah 4
5 cm belacan bakar
3 sudu besar gula merah
3 biji bawang putih- hiris
2 sudu makan ikan bilis
Limau nipis
Minyak untuk menumis

Cara cara

Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan. Kemudian masukkan bawang merah, tomato dan cili. Goreng sampai layu ye. Angkat dan biar sejuk sekejap.

Bahan goreng, ikan bilis tadi dan belacan blend sekali. Terpulang nak kisar halus atau tak, ikut citarasa. Kemudian tumis bahan kisar hingga masak dan naik bau. 

Last sekali perasakan dengan garam dan gula. Perahkan limau nipis, sedia untuk dihidang. Selamat mencuba.

0 comment... add one now