Resepi Sambal Belacan

Resepi Sambal Belacan

Sambal belacan ni memang sedap makan dengan ulam, kadang jadi pelengkap rasa kalau makan berlaukkan ikan goreng je pun. Setiap orang ada versi sambal belacan sendiri. Ni salah satu resepi, kalau nak cuba boleh tengok resepi ni.



Bahan-bahan

3 biji cabai merah
12 biji cili padi
1 1/2 inci belacan
1/2 sudu gula
Secubit garam
Air asam jawa.

Cara-cara

Cabai merah ni campur dengan cili padi supaya tak pedas sangat. Belacan ni bakar dulu ye. Bakar atas api je senang.

Masukkan semua bahan ke dalam lesung batu kecuali air asam jawa.
Terpulang nak lumat ke atau tumbuk kasar. Kalau nak halus, kisar pun boleh.

Then masukkan air asam. Jangan terlalu cair atau pekat, sedang sedang je. Air asam ni boleh lah buat dalam 3 sudu makan asam jawa tambahkan dengan 3 sudu makan air. Gaulkan supaya sebati.

Bila rasa dah okay, siap! Boleh dah makan buat menu tengahari. Selamat mencuba.

0 comment... add one now