Resepi Sambal Budu

Resepi Sambal Budu

Siapa suka budu? Kalau makan nasi kerabu memang selalu la jumpa budu ni. Mula dulu pelik dengar nama dia, budu tu apa. Masa belajar dulu kawan selalu bawak budu dari kampung. Sekali dah rasa sedap weh. Memang buat stok je kat bilik. Okay jom kita try buat sambal budu.



Bahan-bahan

4 sudu makan pati budu
3 sudu makan air asam jawa
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
10 biji cili api
2 biji limau kasturi
2 sudu makan gula

Cara-cara 

Tumbuk bawang putih, bawang merah, gula dan cili api. Terpulang nak tumbuk lumat atau tak. Ikut citarasa masing-masing ye.

Masukkan budu, air asam jawa dan air limau kasturi. Gaulkan sebati dengan bahan tumbuk.

Okay dah siap. Boleh dihidang bersama ikan bakar. Yummy!

0 comment... add one now