Resepi Sambal Kuinin

Resepi Sambal Kuinin

Hai ada yang suka makan kuinin tak? Kuinin ni kalau buat sambal sedap tau. Cuma kalau cik Nurul tak boleh nak makan banyak, ulang alik ke tandas la jawabnya. Tapi kalau dah sedap mesti makan bertambah kan.



Bahan-bahan

1 biji kuinin - guna yang dah masak ya, cincang kasar
3 biji cabai merah
5 biji cili padi - kalau nak pedas boleh tambah lagi
1 inci belacan yang telah - bakar
Garam & gula secukup rasa

Cara cara

Masukkan semua bahan dalam lesung dan tumbuk lumat. Kemudian masukkan kuinin yang dah dicincang kasar tadi, lenyekkan bersama sambal. Tadaaa siap dah. Makan dengan nasi putih panas. Pehhh meleleh air mata tahan pedas.

0 comment... add one now