Resepi Sambal Tahun Kerang

Resepi Sambal Tahun Kerang

Orang jawa kalau tak pernah makan sambal tahun ni memang rugi. Mula dulu pelik jugak kenapa nama dia sambal tahun eh, kena peram bertahun ke baru boleh makan sambal ni. Hehee mula mula memang tak tahu rupe dia, rasa dia lagi lah terfikir jugak sedap ke kalau dah simpan setahun. Emm rupanya sambal ni tahan lama ibaratnya bertahun tahun. Panaskan banyak kali pun tahan lagi sambalnya and orang cakap lagi selalu panaskan lagi sedap dan pekat. Dah namanya sambal tahun, memang kena pedas. Tapi kalau rasa perut tak tahan jangan pergi bedal semangkuk sekali harung. Nanti ulang alik ke tandas pulak. Sambal tahun ni selalunya isi dia kulit lembu, paru lembu. Hati ayam, ikan bilis, kerang. Ikutlah nak letak isi apa. Ada yang letak udang dan sotong. Ni resepi untuk kerang tau, kalau tak makan kerang boleh tukar yang lain.



Bahan-bahan

3 kg kerang
Segenggam cili padi - buang tangkai (kalau nak lagi pedas boleh tambah)
10 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
3-4 inci lengkuas - hiris
1/2 inci belacan - hancurkan
Santan pekat
Air secukupnya
1 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
1/2 sudu kecil gula
Minyak untuk menumis

Cara-cara

Rebus kerang dan ambil isinya. Tumis bawang merah, bawang putih dan lengkuas hingga layu.  Masukkan belacan dan kacau.
Kemudian masukkan isi kerang dan cili padi.  Kacau sampai nampak kerang nampak sedikit mengecut
Masukkan santan dan air secukupnya. Masukkan juga asam keping dan garam serta gula.  Biarkan mendidih lama sedikit sambil tu kacau ye jangan sampai pecah minyak. Bila rasa dah okay semua bolehlah angkat dan hidang.

Simple kan. Yang tak pernah makan kena cuba ni.

0 comment... add one now