Resepi Sambal Telur Puyuh

Resepi Sambal Telur Puyuh

Sedapnya sambal telur puyuh ni. Kalau makan yong taufu mesti ambik telur puyuh sebab sedap. Ni masak sambal pulak memang hadap sorang ni. Jom cuba.



Bahan-bahan

15 biji telur burung puyuh
1 biji bawang merah
2 batang serai
Cili kisar bersama sedikit belacan
Air asam jawa
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara

Basuh telur bersih bersih dan rebus. Masa rebus ni masukkan garam dengan minyak sikit. Nanti kupas cantik je tau. Dah siap rebus toskan, dah sejuk boleh kupas.
Panaskan minyak, tumis bawang dan serai. Kacau kejap then masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak.
Masukkan air asam jawa dan kacau sampai mendidih. Perasakan dengan garam dan gula.
Masukkan telur rebus tadi dan gaul sebati. Kalau nak hiaskan dengan bawang yang dipotong bulat pun boleh. Okay siap!

0 comment... add one now