Resepi Tortilla Wrap

Resepi Tortilla Wrap

Ni memang senang nak buat. Tak sempat nak breakfast, makan dalam kereta pun boleh. Bahannya pun simple je, senang nak dapat. Sambil hadap jem pun boleh makan tau.



Bahan-Bahan

1 keping tortila-ada jual kat pasaraya
Separuh dada ayam saiz sederhana-potong dadu
1 ulas bawang putih-cincang
Bawang merah-mayang
Timun-potong dadu
Daun sup
Salad
Sos cili
Mayonis, cheese
Serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-Cara

Panaskan dalam 1 sudu makan minyak masak, masukkan bawang putih, kaau kejap dan masukakan ayam. Perasakan dengan serbuk lada hitam dan garam. Bila ayam dah hampir masak masukkan timun dan kacau. Tutup api.
Tortilla tadi letakkan atas pinggan, susun salad atas tortilla dan letakkan ayam tadi. Taburkan bawang dan daun sup. Letakkan sos, mayonis dan cheese. Gulung dan siap!

Okay jom bawak bekal. Selamat mencuba.


0 comment... add one now