Resepi Udang Masam Manis

Resepi Udang Masam Manis

Kalau makan udang sambal je bosan jugakkan, sekali sekala tukar selera apa salahnya. Kali ni kita cuba udang masam manis. Sedap tau, kena cuba bagi yang belum pernah rasa tu.



Bahan bahan

500 gm udang besar
1 sudu makan kunyit
1 sudu kecil garam
Minyak

Bahan sos

5 ulas bawang merah-mayang
3 ulas bawang putih-mayang
1/2 cawan sos tomato
3 sudu makn sos cili
2 biji cili merah-potong nipis
1/2 cawan air
1 biji tomato-belah 6
Daun bawang dan daun sup
Garam dan gula secukup rasa

Cara cara

Gaul udang bersama kunyit dan garam. Goreng dan ketepikan. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih.
Bila bahan tumis dah naik bau, masukkan sos, air, cili dan perasakan dengan gula. Kacau hingga kuah pekat, masukkan udang dan gaul rata. Taburkan daun bawang dan daun sup.
Siap, boleh dihidang bersama nasi panas. Selamat mencuba.

0 comment... add one now