Resepi Vanila Cupcake Mudah

Resepi Vanila Cupcake Mudah

Siapa yang suka makan kek kosong? Maksudnya tanpa topping lah. Makan kosong gitu pun sedap tau. Buat minum petang sambil minum teh o panas kan best tu. Hihii kali ni kita cuba buat vanila cupcake. Serius simple dan bahan pun mudah.



Bahan-bahan

150 g mentega
185 g tepung naik sendiri
150 g gula kastor
1/2 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara

Pukul butter dan gula hingga kembang. Then masukkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan esen vanila.Masukkan tepung yang dicampur dgn soda bikarbonat. Adun sebati.

Susunkan kertas kek cawan kedalam acuan. Masukkan adunan hingga 3/4 penuh. Sebab kek tu akan naik dan tak melimpah. Bakar selama 10 minit dgn suhu 180 C

Mudahkan? Kena cuba tau, anak-anak pun suka.




0 comment... add one now