Resipi Ayam Gunting Uncle Bob

Resipi Ayam Gunting Uncle Bob

Dulu masa duduk Putrajaya bila pergi pasar malam mesti suka beli ayam gunting Uncle Bob ni. Boleh kata jarang la miss beli ayam ni sebab sedap sangat. Nampak simple kan, ayam goreng je. Tapi bau ayam goreng dia tu buat kita sanggup beratur. Okay nak cuba buat sendiri tak? Jom cuba resepi ni.



Bahan-bahan

Dada ayam-hiris nipis
1 cawan tepung goreng Adabi
1/2 cawan serbuk roti-yang warna putih
1 biji telur
Sedikit serbuk cili
Sedikit serbuk lada putih
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

Dada ayam tadi cuci bersih dan toskan. Sementara tu campurkan serbuk roti dan tepung goreng dalam satu bekas, gaul sebati.

Salutkan ayam dengan campuran tepung tadi, kemudian celupkan dalam telur. Sekali lagi salutkan ayam dengan campuran tepung.

Goreng ayam dalam minyak yang banyak dan betul-betul panas. Pastikan ayam tenggelam dan masak dengan sekata. Dah siap, angkat dan toskan.

Taburkan serbuk lada putih dan serbuk cili. Kalau tak suka pedas boleh tabur serbuk lada putih sahaja. Gunting ikut saiz yang korang suka. Selamat mencuba!

0 comment... add one now