Sekitar Majlis Pernikahan Aktres Izara Aishah dan Muhammad Adib Khalid (FOTO)

Sekitar Majlis Pernikahan Aktres Izara Aishah dan Muhammad Adib Khalid (FOTO)

Pada 17 November sekitar jam 9 malam berlangsungnya majlis pernikahan aktres jelita Izara Aishah (25 tahun) bersama pasangannya Muhammad Adib Khalid (27 tahun).



Anak tiri kepada penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza itu mengikat tali pertunangan dengan pelakon Izara Aishah pada Julai yang lalu. Pada majlis pernikahan itu dengan sekali lafaz mereka sah sebagai pasangan suami isteri.




Majlis itu dihadiri oleh ahli keluarga ke dua belah pihak, sahabat handai dan juga rakan rakan artis. Terdapat lebih 500 orang tetamu yang memeriahkan majlis pernikahan tersebut.

Izara Aishah meluahkan rasa syukur setelah lafaz akad selesai walaupun pada mulanya dia agak gementar. Pasangan yang telah menyulam cinta selama 3 tahun itu turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada Marsha Milan dan Kilafairy selepas majlis akad nikah.





Pasangan itu sememangnya nampak cantik dan segak di dalam majlis yang mendapat sentuhan daripada perancang perkahwinan Glamweddings.




Akhir kata, tahniah buat pasangan pengantin. Semoga berbahagia di dalam melayari alam rumah tangga. Tahniah sekali lagi!

0 comment... add one now