Gulai Ikan Tongkol

Gulai Ikan Tongkol

Ikan ni masak apapun sedap. Selalu Cik Nurul masak kicap je, next time nak buat gulai macam ni pulak. Jom cuba.


Bahan bahan

Ikan tongkol-potong dan rebus dengan garam dan asam keping
7 - 8 tangkai cili kering
4 ulas bawang merah
4 hiris lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 sudu kecil rempah biji ketumbar
1/2 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
Santan secukupnya

Cara cara

Semua bahan kecuali asam keping dan santan dikisar. Dalam satu periuk, satukan santan dan bahan kisar. Masak hingga mendidih, kena selala kacau supaya tak pecah minyak. Kemudian masukkan ikan, asam keping dan perasakan dengan garam dan gula. Biarkan kuah mereneh dan tutup api. Sedia dihidang bersama nasi panas.

Selamat mencuba!

0 comment... add one now