Gulai Lemak Kulat Sisir

Gulai Lemak Kulat Sisir

Sedapnyaaaa!! siapa suka makan masak lemak kulat sisir ni? Ke tak tahu kulat sisir tu apa? Ia juga dikenali sebagai cendawan kukur. Cendawan ni sesuai masak apa apa je pun, goreng pun sedap tau. Kali ni kita cuba masak lemak.


Bahan-bahan

200gm kulat sisir
1 ikat pucuk paku-potong
20 biji cili api-kisar
½ inci kunyit hidup-kisar
10 ekor ikan bilis-kopek
2 batang serai-titik
250ml santan
250ml air
Garam secukup rasa

Cara cara

Dalam satu periuk, campurkan semua bahan kecuali santan. Biarkan hingga mendidih. Gaul sebati kemudian masukkan santan dan kacau hingga masak. Perasakan dengan garam. Dah masak boleh tutup api dan sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

0 comment... add one now