Gunung Angsi, Negeri Sembilan

Gunung Angsi, Negeri Sembilan

Siapa pernah hiking dekat Gunung Angsi? Banyak rupanya tempat best untuk hiking kan. Mana yang belum belum tahu pasal gunung ni jom kita berkenalan sikit.

Gunung Angsi adalah salah satu gunung kecil Malaysia yang mempunyai ketinggian 2702 kaki atau 824 meter. Ia menduduki tempat ke-241 dalam senarai pergunungan tertinggi di Malaysia dan ia merupakan puncak ke-3 tertinggi di Negeri Sembilan, selepas Gunung Datuk dan Bukit Bintongan. Gunung Angsi hanya berjarak sejam dari Kuala Lumpur yang terletak di Taman Rekreasi Ulu Bendul, kira-kira 20 km dari Seremban, ibu negeri Negeri Sembilan. Disebabkan jaraknya yang agak dekat dengan Kuala Lumpur jadi gunung ni agak popular jugak bagi ramai orang.









Taman rekreasi Ulu Bendul ni pun memang ramai orang,sesuai untuk berkelah dan buat BBQ. Untuk mendaki Gunung Angsi mengambil masa 3 jam untuk sampai ke atas. Kira kira mengambil masa setengah hari jugak untuk naik dan turun semula. Yuran yang dikenakan untuk pendakian ni hanya RM5 dan better datang awal sebab selepas pukul 11 pagi mungkin tak boleh naik dah.

Laluan untuk mendaki sangat baik dan teratur. Korang akan melalui jalan yang agak curam jugak. So berhati-hati ye, tapi jangan risau sebab kat laluan ni ada penanda plastik so korang takkan salah jalan. Oh ya jangan lupa bawa air mineral sebab pendakian ni agak memenatkan jugak.

Bila sampai di puncak, korang akan nampak penanda yang menunjukkan korang dah sampai, kat atas ni terlindung jugak dengan pokok dan semak tapi still nampak pemandangan di sekitar Kuala Pilah. Untuk turun pulak, korang akan lalui jalan yang berbeza, bukan jalan untuk mendaki tadi.

So apa pun sebelum mendaki pastikan korang makan dulu supaya cukup tenaga untuk mendaki. Dekat Taman Rekreasi Ulu Bendul ni pun sangat banyak makanan dan minuman. Cik Nurul pun tak pernah mendaki lagi gunung Angsi ni, cuma berkelah kat Ulu Bendul je masa belajar kat Matrik dulu. Agak agak nak release tension memang sini lah selalu port nya.

Taman ini diuruskan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan.

Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan,
Blok C, Tingkat 4,
Kompleks Setiausaha Kerajaan,
70503 Seremban,
Negeri Sembilan.

Telefon: + 06-7659849

Fax: + 06-7623711

0 comment... add one now