Gunung Keriang, Kedah

Gunung Keriang, Kedah

Bagi yang mahu menenangkan fikiran dengan suasana kampung yang mendamaikan, Keriang Hill adalah satu tempat yang tepat untuk dikunjungi. Ia jauh dari kesibukan kota dan dipenuhi keindahan pokok yang tumbuh menghijau. Nikmatilah keindahan alam sambil mengambil angin petang berjalan disekitar kawasan sawah padi di sini.










Gunung Keriang adalah gunung batu kapur yang berusia 250 juta tahun dahulu yang dikatakan berbentuk gajah dan mencapai ketinggian 218 meter. Ia terletak kira-kira 8 km barat laut Alor Setar berhampiran dengan Muzium Padi Kedah. Seperti kebanyakan pembentukan batu kapur Malaysia, bukit itu penuh dengan gua termasuk yang lebih besar dikenali sebagai Gua Keriang. Di pinggir selatan timur bukit adalah Taman Rekreasi Gunung Keriang dan untuk melihat pemandangan di sekitar gunung korang boleh mendaki dan melihat keindahan sawah padi.

Disini terdapat 15 buah Pondok yang berkonsepkan rumah kampung dengan berlainan reka bentuknya pada setiap satu. Apa yang uniknya dengan pondok ini adalah kerana ianya dipindahkan dari beberapa daerah di negeri Kedah dan di tempatkan di kaki Gunung Keriang.

Terdapat taman rekreasi yang mana ia bersebelahan pasar yang menjual makanan, pakaian dan barang-barang runcit dan ada juga beberapa gerai menjual kristal.

Bagi yang bercuti disini tak perlu risau tentang makanan. Ada restoran yang buka dari 10 pagi hingga 10 malam. Pelbagai jenis makanan ada dari masakan tempatan hingga masakan barat.

Untuk penginapan pula ada pondok eksklusif yang mana terletak di kaki gunung Keriang. Pemandangan memang sangat indahdan tenang. Rate harga untuk penginapan berbeza bagi pondok untuk single bed dengan family bed.

Disini juga terdapat fasiliti lain seperti dewan, bilik mesyuarat, pentas utama, gimnasium, kolam renang, parking dan juga surau. Setiap fasiliti ni ada fungsinya sendiri. So memang berbaloi bercuti kat sini tau.

Alamat
Keriang Hill Resort Mukim Gunung 06570 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

0 comment... add one now