Ikan Bawal Masak Taucu

Ikan Bawal Masak Taucu

Masak taucu ni dengan apa apa ikan pun sedap. Tapi kena pandai adjust garam dia sebab taucu ni dah masin, jangan letak garam banyak sangat okay. Masin sangat pulak nanti. Kali ni kita cuba masak taucu dengan ikan bawal.



Bahan bahan

2 ekor ikan bawal
2 inci halia-hiris
4 ulas bawang putih-hiris halus
3 biji bawang merah-hiris halus
3 sudu makan taucu
1 mangkuk kecil air asam jawa
1 biji bawang besar-potong bulat
4-5 biji cili padi
Garam dan gula secukup rasa
Minyak

Cara cara

Cuci ikan, gaul bersama gara dan kunyit. Goreng hingga garing. Dalam kuali lain, tumis halia bawang putih dan bawang merah hingga naik bau dan keperangan. Tambahkan taucu dan air asam jawa.kacau hingga mendidih, kalau nak kuah lebih boleh tambah lagi air. Kemudian masukkan ikan bawal goreng tadi bersama bawang besar dan cili. Perasakan dengan garam dan gula. Bila bawang dah layu boleh tutup api dan sedia untuk dihidang.

0 comment... add one now