Lake Gardens, Kuala Lumpur

Lake Gardens, Kuala Lumpur

Siapa pernah pergi Lake Gardens kat kuala lumpur ni? Cik Nurul tak pernah lagi. So siapa yang belum pergi jom kenali tempat menarik ni.







Lake Gardens Kuala Lumpur mempunyai sejarah yang panjang sejak 1888. Kerana kehijauan dan trek jogingnya, Lake Gardens biasanya dikunjungi oleh pengunjung yang memang nak berjoging atau bagi yang nak keluar seketika dari kesibukan kota. The Lake Gardens terletak di sepanjang Jalan Lembah dan mempunyai dua tasik buatan manusia dan taman-taman lain yang menarik minat pengunjung.

Pembukaan Lake Garden pada Mei 1975 telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Haji Abdul Razak Hussein. Keluasannya lebih dari 92 hektar tanah, kat sini terdapat banyak jenis taman yang dibuka untuk orang awam setiap hari.




Di Orchid Garden terdapat lebih daripada 800 spesis orkid. Kat sini korang boleh lah ambil gambar orkid banyak banyak then orkid ni jugak dijual untuk pengunjung. So boleh lah buat taman orkid pulak dekat rumah. Hihiii Taman Bunga Raya pun ada, korang boleh lah cuci mata dengan keindahan bunga bunga kat sini.

Di Taman Burung pula terdapat lebih daripada 3000 burung dari 200 spesies. Taman Burung ni boleh dikatakan terkenal juga di Kuala Lumpur. Dua lagi taman yang ada disini ialah Butterfly Park  dan Deer Park. Di Butterfly Park ni korang boleh lihat lebih 6000 rama-rama daripada lebih daripada 120 spesies yang berlainan. Wahhh mesti cantikkan taman ni.



Okey next is Taman Rusa, juga ada beberapa spesies rusa bagi pengunjung untuk melihat dan korang boleh bagi rusa ni makan jugak tau. Mesti jinak kan rusa kat sini.

Monumen Nasional Kuala Lumpur terletak betentangan dengan Lake Garden ni. Sambil korang pergi Lake Garden ni boleh lah melawat Monumen Nasional ni sambil belajar tentang sejarah Malaysia .

Disebabkan kawsasan Lake Garden ni sangat luas so korang boleh gunakan pengangkutan yang disediakan. Cas hanya 50 sen je untuk korang pusing seluruh taman. Murah kan?

Di sekitar Taman Tasik adalah Muzium Seni Islam dan Masjid Negara. So jangan lepaskan peluang untuk melawat 2 tempat ni tau sebab memang dah dekat.

Dan semestinya lah sangat penat kalau nak habiskan pusing tempat tempat yang best kat sini. So kat sini pun banyak hotel untuk penginapan. Kawasan pun strategik dengan banyak kemudahan awam. Teksi, bas, KTM pun ada untuk memudahkan perjalanan korang.

So grab lah masa cuti sekolah ni untuk spend masa dengan keluarga. Selamat bercuti!

Alamat:
Jalan Lembah, Taman Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia

No telefon:
+603 2021 0812 / +603 2693 4132

Waktu operasi:
09:00am - 06:00pm (hari bekerja)

0 comment... add one now