Paya Indah Wetland, Dengkil Selangor

Paya Indah Wetland, Dengkil Selangor

Hai siapa pernah pergi sini? Dulu first time pergi masa teman kawan buat final year project dia. So saja lah ikut sebab sini banyak aktiviti lain tau. Second time pergi pulak dengan kawan kawan lain dalam group yang lagi ramai. Memang best cuma digalakkan pergi waktu pagi atau petang sebab kalau tengahari memang sangat terik. Melainkan korang pakai topi atau payung so takdelah rasa penat sangat.










Paya Indah Wetlands adalah tempat yang baik untuk mencari kedamaian dan ketenangan, ia jauh dari bandar yang sibuk so sesuai lah kalau nak menikmati keindahan alam. Paya Indah Wetland adalah kawasan tanah lembap buatan manusia yang dibuat pada tahun 1998.

Kerja perlombongan kat sini dulu telah diubah menjadi tasik yang kini menjadi tempat penempatan untuk beberapa haiwan eksotik juga. Pelbagai spesis burung dan serangga juga ada disini.

So apa aktiviti yang best kat sini eh? Jom baca.

Menara Peninjau

Menara peninjau telah dibina pada tahun 2011 yang menyediakan pandangan 360 darjah seluruh kawasan. Kat sini korang boleh tengok pemandangan taman ni dari atas. Waktu petang bila angin bertiup rasa nyaman sangat bila duduk kat atas menara ni.

Memerhati pelbagai jenis burung

Taman ini dibuka  dari 7:30 pagi hingga 7 malam. Jenis-jenis burung yang telah dilihat di sini antaranya purple swamp hen, white breasted water hen, olive backed sunbird, brown shrike, red wattled lapwing, Swinhoe's snipe, yellow vented bulbul dan lain lain.

Nature Walk

Kat sini ada Typha Trail yang mana ia disediakan untuk aktiviti trekking. Kebanyakan pokok di sini adalah ditanam, jadi ia tak seperti hutan lain di malaysia.

Berbasikal

Basikal kat sini boleh disewa dengan jumlah RM5 selama 2 jam. Basikal disediakan untuk kanak-kanak berumur 6 tahun di bawah RM3 untuk 2 jam. Disebabkan taman ni luas dan kawasan adalah terbuka, memang digalakkan berbasikal, pakai topi dan bawak air mineral so jimat masa untuk berjalan.

Hippo

Hippo ni berasal dari Botswana. Masa terbaik untuk tengok hippo ni adalah pada waktu ia makan iaitu 10 pagi - 10:30 pagi. Hippo ni banyak habiskan untuk berehat dalam tasik bagi melindungi kulit yang sensitif dari panas matahari.

Buaya

Kat tasik buaya pulak untuk melihat waktu makan mereka adalah pada 11am - 11:30 pagi pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Banyak sangat buaya, kalau terjatuh dalam kandang dia ni tak tau lah nak bayangkan macam mana. Hihii dengan saiznya yang besar dan gemuk tu mungkin ada jugak yang tak berani nak tengok dekat.

Memancing 

Aktiviti memancing adalah pada pukul 8 pagi hingga 6.30 petang kecuali hari jumaat. Cas nya rm10 je dan umpan hidup tak dibenarkan. Ikan jenis Marble Goby dan Giant Snakehead adalah jenis ikan yang banyak terdapat kat kolam ni.

Berkayak 

Bayaran adalah RM7 sejam. Kalau berkumpulan pulak RM180 seramai 10 hingga 20 orang selama 3 jam tapi kena book awal tau. Waktu untuk berkayak adalah 9 pagi - 12 malam, 3 petang - 6 petang.

Laman Fauna

Kat sini ada satu kawasan yang ada landak dan kura-kura gergasi yang duduk bersama. Baik kan dorang? Hihii ni salah satu dari kawasan perlindungan untuk haiwan juga.

Masuk ke Paya Indah Wetland ni adalah percuma tapi kena daftar dekat kaunter di pintu masuk. Buka setiap hari 8 pagi - 6 petang. Jumaat pula dibuka dari pukul 8 pagi - 12 malam.

Alamat : Paya Indah Wetlands Jabatan Perhilitan Km 4, Jalan Dengkil - Banting 43800 Dengkil Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel: + 603-87687616 Faks: + 603-87688424
E-mel: piw@wildlife.gov.my

0 comment... add one now