Resepi Agar-Agar Milo

Resepi Agar-Agar Milo

Agar-agar ni makan sejuk baru sedap. Biarkan sejuk dalam peti, petang petang boleh potong untuk dijadikan pencuci mulut. Anak anak mesti suka dengan agar-agar milo ni.



Bahan bahan

1 paket agar agar serbuk (10 gram)
400 ml susu sejat
800 ml air
1 helai daun pandan-simpul
3/4 cawan gula pasir
3 sudu makan milo
Secubit garam

Cara cara

Satukan serbuk agar-agar dengan gula dan kacau rata. Tuangkan susu dan air. Kemudian tambahkan daun pandan dan masak hingga mendidih. Api jangan kuat sangat, kacau je sampai gula larut dan keluarkan daun pandan tadi. Adunan ni bahagikan dua, satu etak secubit garam dan satu lagi masukkan milo. Masukkan dalam periuk yang berasingan ya dan biarkan atas api yang kecil.

Dalam satu loyang, masukkan dalam 2/3 senduk adunan susu, biarkan agar agar keras sikit kemudian masukkan aduna milo pulak atas dia. Ulang langkah ni sampai semua adunan habis. Simpan dalam peti sejuk sampai agar agar betul betul keras dan bolehlah dipotong untuk dihidang.

0 comment... add one now