Resepi Air Mata Kucing

Resepi Air Mata Kucing

Air mata kucing ni kalau minum waktu tengahari panas memang best. Rasa sejuk je tekak. Air mata kucing ni selalunya banyak jual kalau ada pasar malam. Tapi kalau nak buat sendiri boleh ke? Mestilah boleh hihii resepinya simple je. Jom cuba.



Bahan bahan

Buah mata kucing segar/kering
Daun pandan
1 ketul gula melaka
Gula pasir-ni untuk adjust rasa, kalau tawar boleh tambah gula
Air

Cara cara

Kalau guna buah mata kucing yang fresh tu, kupas kuit dan basuh. Kalau yang kering pun cuci dulu. Then campurkan bersama gula melaka, daun pandan dan gula. Masak hingga gula melaka hancur dan air mendidih. Kalau tawar boleh tambah gula lagi. Biarkan sejuk dan hidang bersama ais batu. Uishh sedapnyaaaa.

0 comment... add one now