Resepi Ayam Goreng Kunyit Mudah

Resepi Ayam Goreng Kunyit Mudah

Masa belajar dulu, nasi goreng yang paling cepat siap bila order adalah nasi goreng ayam kunyit sebab ayamnya dah siap goreng. Dorang just goreng nasi then masukkan ayam goreng kunyit ni, terus siap. Memang tak payah tunggu lama sangat macam order nasi lain. So kita pun boleh buat ayam goreng kunyit ni, senang je.


Bahan bahan

Ayam yang dipotong kecil
Serbuk kunyit
Serbuk cukup rasa
3 ulas bawang merah
4-5 tangkai cili padi
Sedikit halia
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng
2 ulas bawang putih
Kacang panjang-potong
Lobak-potong

Cara-cara

Bawang, cili padi dan halia dihiris dan ketepikan. Ayam yang dah dipotong kecil ni perap bersama kunyit dan garam. Perap dalam beberapa jam. Panaskan minyak dan goreng hingga garing. Then masukkan bahan hiris dan sayur yang dah dipotong tadi, kacau rata dan dah agak layu boleh angkat dan sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

0 comment... add one now