Resepi Ayam Ungkep

Resepi Ayam Ungkep

Ayam ungkep ni adalah masakan orang jawa. Bahannya pun tak susah sangat nak sediakan. Lebih kurang rendang la kiranya ayam ungkep ni. Jom tengok resepi.



Bahan bahan

1 ekor ayam-potong
Halia-hiris nipis
1 liter air
2 batang serai
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Bahan kisar

2 labu bawang besar
10 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
20 biji cili padi

Cara cara

Gaul ayam bersama garam dan serbuk kunyit, ketepikan. Tumis halia hingga garing dan masukkan bahan kisar. Tumis hingga pecah minyak dan naik bau kemudian masukkan ayam tadi. Kacau sebati dan biarkan sekejap. Kemudian tambahkan air serai dan perasakan dengan garam. Tutup kuali dan biarkan mereneh. Jangan kacau selalu bagi mengelakkan ayam hancur. Bila dah siap, sedia dihidang bersama dengan nasi panas. Selamat mencuba!

0 comment... add one now