Resepi Bihun Singapore

Resepi Bihun Singapore

Bihun ni sedap makan dengan sambal kicap dan telur dadar. Bezanya dengan bihun goreng biasa adalah bihun ni tak goreng dengan cili kisar atau kicap. Ia guna lada hitam untuk rasa pedas. Sedap sangat, kena cuba.



Bahan bahan

1 bungkus bihun
Udang
Isi ayam-potong dadu
Fish cake-potong dadu
1 kiub ikan bilis
2 biji telur
Kobis, lobak sawi-potong
Minyak untuk menumis
Lada sulah, garam dan gula secukup rasa
Bawang goreng dan daun sup untuk hiasan

Bahan tumbuk

5-6 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu makan lada hitam

Cara cara

Celur bihun hingga lembut, tapis dan ketepikan. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan udang, ayam dan fish cake. Gaul sebati dan masukkan kiub ikan bilis, pecahkan telur dan kacau lagi. Masukkan bihun celur tadi dan kacau sebati. Kemudian masukkan sayur, teruskan kacau sampai bihun lembut dan sebati. Kalau bihun masih keras masukka air panas sikit sikit sampai cukup lembut. Perasakan dengan lada sulah, garam dan gula. Dah siap boleh hidang bersama bahan hiasan.

Selamat mencuba!

0 comment... add one now