Resepi Cekodok Pisang

Resepi Cekodok Pisang

Buat sebagai sarapan pagi atau pun minum petang, makan dengan ahli keluarga memang seronok kan. Sambil berkongsi cerita, mengimbau zaman waktu kecil dulu. Sambil bergelak ketawa, secara tak langsung mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Jadi menu apa yang kita boleh buat sambil mengisi masa berharga ni?


Bahan bahan

7 biji pisang emas
3 sudu makan gula pasir
Secubit garam
Tepung gandum secukupnya

Cara cara

Kupas pisang dan lenyek dengan gelas atau senduk. Tambahkan garam dan gula. Gaul sebati dan tambahkan tepung sikit-sikit. Jangan sampai terlebih tepung nanti keras sangat pulak. Panaska minyak, ambil dalam sesudu dan masukkan dalam minyak yang panas. Ulang hingga semua adunan habis. Selamat mencuba!

0 comment... add one now