Resepi Cucur Jagung

Resepi Cucur Jagung

Cucur jagung ni pun salah satu feveret cik Nurul. Kalau dah memang suka jagung memang jadi cucur pun suka. Bila kunyah tu rasa rangup je. Jom cuba.


Bahan bahan

4 batang jagung-sagat ambil isi saja
4 cawan tepung jagung
1 biji telur
1 genggam bilis tumbuk
1 biji bawang besar-potong dadu
1 biji cili besar-hiris
3 tangkai daun kucai-potong pendek
3-4 cawan air suam
1 sudu kecil garam
1 sudu makan gula

Cara cara

Campurkan semua bahan dalam satu bekas, bancuh dan gaul sebati. Goreng dalam minyak yang betul betul panas. Dah masak angkat dan toskan. Hidang bersama so kegemaran. Selamat mencuba!

0 comment... add one now