Resepi Cucur Udang

Resepi Cucur Udang

Bila musim hujan ni memang sedap mengopi sambil makan cucur udang. Kena pulak udangnya sekor atas cucur tu. Memang puas hati bila makan. Barulah betul namanya cucur udang ye dak. Jom cuba resepi ni, petang ni boleh buat untuk menu hi tea.



Bahan bahan

500g tepung gandum
1 biji telur
1 peket yis-bancuh dengan 1 sudu makan gula dan 1/2 cawan air suam, biarkan hingga nampak berbuih
1 sudu kecil garam
Sedikit serbuk kunyit
Taugeh
Kucai
2 biji cili merah-hiris
Air untuk bancuh tepung
Minyak untuk menggoreng

Cara cara

Campurkan tepung, kunyit dan garam dan gaul rata. Tambahkan telur, air dan bancuhan yis. Gaul rata lagi dan masukkan taugeh, kucai dan cili merah. Panaskan minyak dan mulakan menggoreng.  Masa baru masukkan bancuhan tepung dalam kuali tu, letak seekor udang atasnya. Goreng sampai bancuhan habis. Dah masak boleh angkat dan toskan. Selamat mencuba.

0 comment... add one now